Wednesday, July 14, 2010

Keajaiban di Gaza

Salam...
disini saya ada sedikit-sebanyak cerita tentang keajaiban yang berlaku di GAZA,

Al-kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke GAZA pada 20-31 Januari yang lalu. Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di GAZA:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid GAZA berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka.Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba2 senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba2 senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang GAZA kesemuanya perpakaian putih sedangkan uniform pejuang HAMAS berwarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba2 dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama dilancarkan oleh Israel ke GAZA mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket2 HAMAS yang hendak dilancarkan, tiba2 salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel!


Kisah-kisah Karamah Mujahidin!


1.Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan di udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba2 burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung2 tersebut, para mujahideen juga segera meninggalkan tempat itu. Hanya beberapa ketika selepas itu tempat itu dibedil oleh tentera Yahudi.

2.Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3.Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasuki serpihan besi(sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4.Seorang wanita mengandung disahkan doktor di setiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan..Sebaik suaminya syahid dalam perang GAZA, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah lelaki.

5.Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki.Bilangan mujahideen yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang sahaja.Allah s.w.t menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.

Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas GAZA, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih.Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda2 keterangan kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar.Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhannmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu."(Fussilat:52).